Thursday, July 1, 2010
Saturday, June 26, 2010
Wednesday, March 24, 2010
Umno-BN Melaka Promosi Arak Kepada Muda Mudi (Harakahdaily)
Oleh Norasikin Samsi
KUALA LUMPUR 24 Mac - KEADILAN Melaka mendesak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengemukakan penjelasan berhubung iklan yang mempromosikan arak percuma secara terbuka di negeri itu.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata desakan itu melambangkan keseriusan Pakatan Rakyat mengambil tindakan bagi mengawal kebejatan sosial yang semakin menular di negara ini.
Beliau juga menyifatkan perbuatan sedemikian sebagai keterlaluan kerana iklan tersebut menawarkan galakan secara terbuka sehingga mendorong masyarakat terutamanya golongan muda-mudi terjerumus ke kancah tidak sihat.
"Baru-baru ini kita didedahkan dengan isu sebatan Kartika yang sehingga kini masih belum selesai dan sekarang saya benar-benar tidak faham kenapa ia masih berlaku seolah-olah tiada pengawasan yang ketat dan sempurna dilakukan kerajaan negeri bersama majlis daerah untuk mengekang usaha sedemikian," kata beliau ketika diminta mengulas berhubung satu iklan yang dipaparkan oleh sebuah laman blog di kijang59.blogspot.com baru-baru ini.
Iklan yang dipasang di Taman Melaka Raya itu tertera perkataan 'Free Beers Tomorrow, Shirts and Shoes Required, Bra and Panties Optional'.
Menurutnya kegagalan sistem perundangan di negeri itu antara punca kejadian seumpama ini berlaku.
Beliau juga mengandaikan hal demikian mempunyai kaitan dengan kuasa rasuah.
"Ini menunjukkan kerajaan negeri gagal mengadakan undang-undang syariah sedangkan peraturan pengamalan minuman arak ini di bawah hukum agama.
"Lebih yang merunsingkan saya, dikhuatiri jika perkara ini disebabkan ada unsur-unsur rasuah dan kemungkinan ini menguatkan lagi dakwaan saya kerana dengan sewenangnya lesen penjualan arak di bawah penjagaan Pihak Berkuasa Tempatan diluluskan oleh Ketua Menteri," ujar beliau lagi.
Sehubungan itu beliau menggesa Jabatan Agama Islam Melaka melakukan siasatan segera dan mengheret pesalah terbabit ke muka pengadilan.
Shamsul turut menegaskan sekiranya Ali Rustam enggan memberi penjelasan berhubung isu ini, beliau sendiri tidak akan teragak-agak untuk membuat perhitungan seterusnya.
Sementara itu tinjauan PAS Melaka mendapati puluhan muda-mudi Melayu memasuki pelbagai kelab malam di kawasan itu tanpa segan silu meskipun kawasan itu merupakan majoriti masyarakat Cina.
Perkasa, Ibrahim dan kedudukan Melayu (UTUSAN MELOYA)
ARKIB : 21/03/2010
Perkasa, Ibrahim dan kedudukan Melayu
Majlis perasmian mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dijadualkan pada 27 Mac ini, tiba-tiba menjadi isu.Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah yang pada mulanya bersetuju untuk merasmikan mesyuarat tersebut, telah membatalkan hasrat baginda. Menurut kenyataan Istana Selangor, pembatalan tersebut bagi mengelak kontroversi dan manipulasi pihak tertentu.
Perkembangan tersebut membuatkan Perkasa terutama Presidennya, Ibrahim Ali tersentak. Lebih menimbulkan rasa tidak senang Perkasa ialah laporan akhbar The Sun yang mendakwa Sultan Selangor telah menasihati Perkasa agar mengurangkan sikap ultra-Melayu.
Dalam reaksinya, Ibrahim menafikan Sultan Selangor ada menyebut hal itu dalam pertemuan dengan baginda.
Awang bersimpati dengan apa yang menimpa Perkasa. Kelantangannya memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu di bawah kerangka perlembagaan negara, mendapat tentangan daripada banyak pihak khususnya bukan Melayu.
Pihak-pihak berkenaan dengan disokong secara halus oleh gerakan pembangkang memainkan sentimen kononnya Perkasa ultra-Melayu, rasis, cauvinis dan pelbagai label lagi. Malah dalam blog pemimpin DAP dan portal berita Malaysiakini, ada tulisan yang menyifatkan Perkasa sebagai kelahiran semula syaitan. Strategi mereka adalah untuk melemahkan Perkasa, yang kini mendapat sokongan meluas masyarakat Melayu. Sememangnya ada golongan yang tidak mahu NGO Melayu yang menjadi sekuat Perkasa. Pada mereka, tidak mengapa jika NGO bukan Melayu hebat tetapi NGO Melayu mesti lemah. Jika NGO bukan Melayu menjadi begitu berpengaruh dan rasis, itu adalah hal biasa yang menjadi tuntutan. Anehnya Perkasa yang baru setahun jagung usianya sudah dilihat sebagai ancaman.
Awang ingin bertanya kepada semua, siapakah paling lantang dan ke hadapan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu ketika dihina, jika bukan Perkasa. Di mana suara NGO bukan Melayu dan tauke-tauke kaya raya ketika Raja-Raja Melayu dicabar?
Ketika ramai tunduk tidak yakin, siapakah yang tanpa gentar dan secara konsisten mempertahankan kepentingan Melayu sewaktu diasak pelbagai pihak selepas Pilihan Raya Umum ke-12, jika bukan Perkasa.
Siapakah yang menjunjung martabat Islam daripada penghinaan banyak penjuru jika bukan Perkasa, beberapa NGO Islam serta Melayu yang lain.
Siapakah yang menjadi perisai mempertahankan perlembagaan daripada dicabar dan ditulis semula, kalau bukan NGO seperti Perkasa. Ternyata Perkasa di bawah kepimpinan Ibrahim mencetuskan keyakinan baru di kalangan orang Melayu.
Janganlah lupa jasa Perkasa. Usahlah terjebak dengan muslihat pihak yang mahu menggugat pertubuhan itu atas motif yang sebenarnya mudah difahami.
Sesungguhnya Awang amat bersyukur dan berterima kasih kerana Perkasa dan beberapa NGO Melayu lain telah membantu menyelamatkan tunjang politik Melayu di negara ini daripada runtuh hasil satu konspirasi besar kesan pilihan raya umum lalu, yang hampir mencapai kemuncaknya.
Itu yang menjadikan Perkasa amat istimewa. Maka majlis pada 27 Mac ini akan tetap bermakna buat orang Melayu. Lebih-lebih lagi kehadiran negarawan, Dr. Mahathir Mohamad yang akan merasmikannya menggantikan Sultan Selangor. Lebih 10,000 dijangka menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra dalam acara yang penuh istiadat Melayu.
Sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan Perkasa, Awang yang sekadar insan kerdil, membatalkan acara lain yang telah Awang beri komitmen lebih awal, semata-mata untuk hadir pada majlis Perkasa nanti biar sekalipun berdiri di luar dewan. Kalau Mahathir sanggup pulang awal dari misi lawatan ke luar negara hanya untuk bersama-sama Perkasa, mengapa tidak kita.
Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedangpun menghakis kedudukan Melayu.
Awang bukan jenis itu
Friday, March 19, 2010
cucu dan cicit tok ayoh
Ahli mesyuarat menantu arwah Tok Pok Leh Bukit Jeruk
Masni Mohamad Nordin
Safri
Rosnida
Aku dan Ayah (Mat Daud)
Satu lagi kerja bodoh zaman BN
Pernahkah anda sampai disini?
Ini merupakan kedai makan di depan Kilang Hitachi berdekatan Sunway Piramid. Merupakan kedai makan perpindahan selepas kawasan lama dibangunkan. Sekadar melepaskan batuk ditangga, berapa ramai usahawan kedai makan yang bungkus kerana perancangan tidak cekap dari kerajaan terdahulu?Perpindahan itu hanyalah sebagai syarat perpindahan untuk sedapkan hati peniaga. Walhal, selepas itu satu demi satu peniaga bungkus kerana pembinaannya tidak bersifat komersial.
Monday, March 15, 2010
MACAM BUDAK - BUDAK
140310
Ipoh: Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Shamsuri menegaskan kenapa beliau keluar menjadi wakil rakyat bebas adalah kerana kecewa dengan bahagiannya sendiri. Apakah itu satu tindakan seorang pemimpin? Ada masalah sedikit keluar parti. Tidakkah macam budak - budak? Jika itulah mentaliti pemimpin yang diangkat, apakah perlu lagi rakyat mengundi beliau akan datang? Mana ada hidup tidak ada masalah, braderrrrr....
Saturday, March 13, 2010
Tangguh GST
Penangguhan GST untuk bacaan kedua merupakan satu kemenangan yang cukup bermakna kepada rakyat keseluruhannya. Inilah pentingnya peranan PR didalam negara sebagai 'check n balance' kepada kerajaan. Inilah juga undi rakyat yang membolehkan suara PR bergema didewan dan juga diluar dewan.
Amat penting sekali undi itu diberi lagi kepada PR agar BN tidak terlalu mengepak dan kekenyangan macam ular sawa. GST adalah cukai yang sememangnya membebankan rakyat.
Dan terima kasih juga kepada mereka yang tidak henti - henti memperjuangkan suara rakyat.
Amat penting sekali undi itu diberi lagi kepada PR agar BN tidak terlalu mengepak dan kekenyangan macam ular sawa. GST adalah cukai yang sememangnya membebankan rakyat.
Dan terima kasih juga kepada mereka yang tidak henti - henti memperjuangkan suara rakyat.
Perutusan Sempena Dua Tahun Pakatan Rakyat
Petikan ini diambil daripada blog Tok Guru Nik Aziz-pemimpin kesayanganku sebagai renungan kembali agar jiwa kembali tenang.
Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.
Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya,
1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.
2) Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.
3) Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.
4) Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.
5) Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.
Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.
Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.
Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk ”Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami” sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.
Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.
Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.
Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya,
Maksudnya, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)."
[al-Hujuraat, 49: 13]
Semuga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.
MATCH REPORT: CHELSEA 4 WEST HAM UNITED 1
MINUTE DETAIL: CHELSEA 4 WEST HAM UNITED 1Posted on: Sat 13 Mar 2010 Barclays Premier League clash against Everton at Stamford Bridge on Saturday 13 March, 2010. Chelsea (4-3-2-1): Turnbull; Ivanovic (Zhirkov 79), Alex, Terry (c), Ferreira; Ballack, Mikel, Lampard; Anelka (J Cole 65), Malouda (Kalou 86); Drogba. Manager Carlo Ancelotti West Ham (4-3-3): Green; Spector, Gabbidon, Upson (c), Deprela; Behrami, Kovac, Parker; Ilan (Diamanti 83), Mido (C Cole 67), Dyer (Stanislas 67). Manager Gianfranco Zola Referee Mark Clattenburg Environment it's a cool and slightly cloudy afternoon in west London. Kit Chelsea - blue shirts, shorts and white socks. West Ham - claret and blue shirts, claret shorts and socks. Attendance 41,755 First halfKick off: West Ham 2 Shot Malouda sends the ball screaming wide following an early break from the Blues involving Lampard and Drogba. 8 Shot Drogba receives a tap back from Ballack but his shot is deflected out for a corner by the West Ham defence. 10 Shot Drogba breaks into the box but can only manage to hit the side netting from a tight angle. Chelsea are threatening. 12 Miss Ilan smashes the ball over the bar from only a few feet out with only Turnbull to beat, Chelsea beaten on the line as West Ham snatch possession. 15 CHELSEA GOAL Alex leaps high to head a Malouda cross beyond Green's reach; it's a well played Chelsea goal and a deserved opener. 16 Chance Anelka tries to collect a dangerous cross but instead Upson bounces the ball off his thigh and nearly into his own net. Green if forced to push the ball away from his own bar as Drogba tries to head home. 30 WEST HAM GOAL Parker smashes a shot from 25 yards out, it's a right-footed volley which flies into the top right. Turnbull can only watch as the ball hits the net. 37 Shot Anelka drills a long-range effort along the floor and into Green's arms without ever troubling the West Ham keeper. 38 Header Ferreira gets on the end of a Malouda cross to the near post but his subsequent header goes straight into Green's grasp. Stoppage time: 2 minutes. Half time Chelsea 1 West Ham 1 Second halfKick off: Chelsea 48 Abused Mido is shown the yellow after cutting Ballack to the ground. 55 CHELSEA GOAL Drogba makes it two with a header at the far post following another great Malouda cross from the left flank. 57 Chance It's nearly three as an Alex chance is denied by Green before Terry hits the side netting. 61 Chance Malouda breaks down the right and sends a cross skimming towards the near post where Green collects. 65 Chelsea substitution Joe Cole comes on to replace Anelka. 67 West Ham substitution C Cole comes on to replace Mido. 67 West Ham substitution Stanislas comes on to replace Dyer. 73 Shot Mikel sends the ball skimming past the post from 25 yards out after Drogba appeals for a freekick on the edge of the box. 77 CHELSEA GOAL Malouda makes it three from the edge of the box and a smartly taken left-footed drive along the floor after breaking down the centre of the pitch. 79 Chelsea substitution Zhirkov comes on to replace Ivanovic. 83 West Ham substitution Diamanti comes on to replace Ilan. 85 Chance Lampard hits the post after deflecting a Malouda cross goal-ward, Drogba's follow up is forced out for a corner. 86 Chelsea substitution Kalou comes on to replace Malouda. 89 CHELSEA GOAL Drogba follows up on a failed attempt from Green to hold onto a Lampard shot. With the ball slipping away from the West Ham keeper's grasp, Drogba taps into the net from close range. Stoppage time: 3 minutes Unused subs Chelsea - Taylor, Bruma, Deco, Sturridge. West Ham - Stech, Collison, McCarthy, Franco. Shots on target Chelsea 7 West Ham 1 Fouls Chelsea 9 West Ham 10 Corners Chelsea 11 West Ham 0 Offsides Chelsea 1 West Ham 2 CommentJohn Terry made his 446th Chelsea appearance today, moving him into fifth place as the club's all time appearance maker, ahead of Dennis Wise. It was another emphatic win as the Blues came back from conceding to net another three before full time, as Gianfranco Zola returned to Stamford Bridgeonce more. |
Kata Penghantar
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebelum ini penulis telah menggunakan URL: www,idrissamk.wordpress.com . Walaubagaimanapun penulis telah berpindah ke sini atas nama Cucu Tok Ayah Paloh. Sebelumnya penulis hanya menggunakan idrissamk.
Penulis merupakan cucu kepada tok ayah yang meneroka tanah di Paloh 4, Jln Aring, Gua Musang kelantan. CTAP amat berbangga kerana Tok Ayah, Emak dan Ayah CTAP merupakan penyokong dan pendokong PAS. Dan CTAP sendiri tidak pernah menyertai parti laknat (UMNO). Dan CTAP amat bangga kerana tidak pernah menyertai UMNO. Dan CTAP akan berasa malu sekiranya Tok Ayah tahu bahawasanya CTAP berada didalam UMNO.
Perjuangan CTAP melalui mata pena. Tak kiralah, seorang ke, dua orang ke atau berapa yang membaca artikel CTAP itu tidak penting. Yang penting CTAP dapat meluahkan apa yang terbuku dihati secara langsung.
CTAP tidak lagi menggunakan nama idrissamk sebaliknya menggunakan nama Latik sebagai menghormati nama yang diberi oleh datuk CTAP.
Diharap, para pembaca dapat berkongsi ilmu disini. Jika ada salah silap CTAP minta maaf banyak - banyak. Kerana CTAP bukanlah penulis yang berautoriti.
Salam ukhuwwah dari :
Cucu Tok Ayah Paloh
Subscribe to:
Comments (Atom)


















