Keda ambo

Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad-ke21


ISBN: 9789673035564

Author: Nik Nazmi Nik Ahmad

Publisher: Marshall Cavendish

Year: 2009

Number of page: 152

Delivery: Next day shipping

Price: RM24.90



Mengenai Buku



Buku ini merupakan hasil satu proses panjang yang melibatkan renungan intelektual dan penglibatan praktikal dalam politik. Penulis sememangnya percaya bahawa kita perlu mengimbangi kedua-dua aspek tersebut.



Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008 nyata membawa senario baru. Ia menonjolkan generasi Melayu baru yang memiliki harapan untuk melihat Malaysia baru dan memecahkan mitos politik kolot.



Keputusan pilihan raya umum ke-12 boleh ditafsirkan dengan pelbagai pandangan, tetapi yang jelas keputusan tersebut membuktikan orang Melayu dapat menerima pendekatan yang menggantikan sistem berasaskan kaum jika disampaikan secara betul (namun, tidak dinafikan faktor-faktor lain seperti kepimpinan BN yang lemah, parti-parti pembangkang yang bersatu, kebangkitan media baru dan harga-harga barang keperluan yang melonjak tinggi yang turut menyumbang kepada perubahan ini).



Mengenai Penulis



Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor. Merupakan graduan Undang-undang King’s College, University of London. Nik Nazmi percaya kepada demokrasi, kemanusiaan dan semangat kebangsaan. Beliau juga merupakan penulis kolum untuk Malaysian Insider dan banyak eseinya telah diterbitkan oleh Malaysiakini, Asia Times Online, The Edge, The Sun, Tamadun, The Star, Opinion Asia, Suara Keadilan danHarakah.